ALGORITMA , PSEUDOKOD & CARTA ALIR
Algoritma
ialah satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah
atau melaksanakan suatu tugasan. Pernyataan dalam algoritma mestilah
boleh difahami. Algoritma boleh dijelaskan melalui pseudokod atau carta alir.
Pseudokod ialah satu set pernyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer. Pseudokod memerihalkan logik atur cara dengan menggunakan bahasa biasa. Pseudokod digunakan sebagai panduan bagi menulis atur cara komputer yang sebenar. Pernyataan-pernyataan dalam pseudokod sepadan dengan arahan-arahan dalam atur cara yang akan dihasilkan. Pseudokod hanya perlu ditulis sekiranya langkah-langkah dalam algoritma hendak diterjemahkan dalam atur cara komputer.

No comments:
Post a Comment