STATUS UPDATED!
Welcome To My Blog :)
♡ SWIFTIE ♡

Sunday, 12 June 2016

Nota Sains Tahun 4 - Proses Hidup Manusia

Proses Hidup Manusia

Manusia menjalani beberapa proses hidup untuk manusia kekal hidup di dunia bersandarkan kepada empat keperluan asas (air, udara, makanan, tempat perlindungan).


* Pernafasan Manusia
 Manusia bernafas menggunakan hidung / mulut –> salur udara –> peparu .
 Apabila menghembus nafas, udara keluar dari peparu –> salur udara –> hidung / mulut .


* Perkumuhan dan Penyahtinjaan
 Daripada makanan yang kita makan, terdapat sebahagian yang tidak tercerna dan bahagian yang dicerna juga menghasilkan bahan buangan.
 Pembuangan dalam bentuk pepejal ialah nyahtinja.
 Pembuangan dalam bentuk cecair ialah berkumuh. Contoh : air peluh, air kencing, wap air (daripada pernafasan).


* Gerak Balas Terhadap Ransangan
 Manusia juga bergerak balas terhadap ransangan secara spontan (tidak melalui berfikir / niat) .
 Contoh : Kita secara automatik menarik tangan kita apabila tersentuh cawan berisi air panas.
 Kita juga akan menggigil apabila kesejukan. Apabila kita termakan makanan yang masam, automatik mata kita akan terpejam seketika.


* Pembiakan Manusia
 Manusia membiak dengan melahirkan anak.
 Sekiranya manusia berhenti membiak, bilangan manusia di muka bumi akan berkurang dan akhirnya pupus.

Nota Sains Tahun 4 - Sistem Suria

SISTEM SURIA

 
1. Sistem suria terdiri daripada

·        Matahari
·        Sembilan buah planet
·        Satelit-satelit semula jadi yang mengelilingi planet-planet
·        Asteroid
·        Meteoroid
·        Komet


2.  Pusat bagi sistem suria ialah Matahari yang merupakan sejenis bintang yang bersaiz kecil dalam alam semesta ini.
 
 3.       Terdapat 9 buah planet yang mengelilingi matahari sambil berputar pada paksinya sendiri.Setiap satu satu planet juga beredar mengikut satu lintasan yang tetap yang dipanggil orbit.
 
4.       Matahari mengeluarkan cahayanya yang tersendiri manakala planet-planet dan satelit semulajadi memantulkan cahaya matahari.

5.       Susunan planet-planet mengikut yang terdekat dengan matahari ialah Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus (Uranus), Neptun (Neptune), dan Pluto ( Pluto ).
 


Saturday, 11 June 2016

Nota Sains Tahun 6 - Buruj

 
 

 BURUJ

Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.

~ Contoh-contoh buruj:- 
   1.Buruj Belantik
   2.Buruj Pari
   3.Buruj Skorpio
   4.Buruj Biduk

 1.Buruj Belantik


 Buruj belantik ialah salah satu buruj yang paling menonjol di langit pada waktu malam.Belantik membentuk corak seperti seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung sebilah pedang.Buruj belantik muncul di langit pada waktu malam di antara hemisfera utara dan selatan.

2. Buruj Pari

 Buruj pari ialah buruj yang paling kecil dan senang dikenal pasti pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.Ia terdiri daripada gugusan empat bintang yang tersusun berbentuk corak seperti layang-layang.


3. Buruj Skorpio

 Buruj skorpio ialah gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala jengking.Buruj skorpio muncul di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.

4. Buruj Biduk


Buruj biduk ialah gugusan tujuh bintang.Buruj ini membentuk seperti gayung atau senduk dengan tangkainya.Biduk muncul di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera utara.

Saturday, 28 May 2016

Nota Sains Tahun 6 - gerhana

GERHANA MATAHARI

-Gerhana matahari berlaku apabila :
 a) Bulan berada di anatara Matahari dan Bumi
 b) Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam satu garis
    lurus. 

 

-Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi.
-Bayang-bayang bulan terbentuk dipermukaan bumi.
-Semasa gerhana Matahari, kita dapat melihat sebahagian daripada Matahari ditutupi oleh bulan.
-Keadaan Matahari semasa gerhana matahari ditunjukkan dalam Rajah...

 Terdapat dua jenis gerhana matahari iaitu

i) Gerhana matahari penuh
ii)Gerhana separa

-Gerhana matahari hanya boleh diperhatikan pada waktu sianag
-Semasa gerhana matahari penuh, waktu siang berubah menjadi gelap seketika. Dari bumi, kita dapat melihat lingkaran cahaya diseliling bulan.Ini adalah sebahagian daripada matahari yang tidak ditutupi oleh bulan.
-Kita tidak boleh melihat matahari semasa gerhana matahari secara terus kerana sinaran matahari yang terik boleh merosakkan mata kita.

Nota Sains -Gerhana

 Gerhana Bulan


DEFINISI GERHANA

Bulan beredar mengelilingi bumi dan bumi beredar mengelilingi matahari. Pada satu masa tertentu Bumi, bulan dan matahari tersususn dalam satu garis lurus.
Apabila cahaya matahari dihalang oleh bumi atau bulan bayang-bayang akan terbentuk. Dengan itu terjadilah gerhana.
Gerhana berlaku disebabkan disebabkan sifat-sifat cahaya yang berikut :
i) cahaya bergerak dalam satu garis lurus
ii)cahaya tidak dapat menembusi objek legap

Terdapat dua jenis gerhana iaitu :
i) Gerhana bulan
ii)Gerhana matahari

Jenis gerhana yang berlaku bergantung pada kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari

GERHANA BULAN

Gerhana bulan berlaku apabila :
a) Bumi berada di antara matahari dan bulan
b) Bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garis lurus.  

 

 -Kedudukan bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bulan.
-Bayang-bayang bumi terbentuk di permukaan bulan dan menyebabkan berlakunya Gerhana Bulan.
-Gerhana bulan biasanya mengambil masa lebih daripada satu jam.
-Fenomena ini boleh diperhatikan dengan mata kasar pada waktu malam.
-Gerhana bulan hanya boleh berlaku semasa fasa bulan purnama iaitu pada hari ke-15.. Keadaan malam menjadi gelap gelita buat seketika.
-Semasa gerhana bulan penuh, bulan purnama yang kelihatan dilangit akan beransur-ansur hilang. Keadaan malam menjadi gelap gelita buat seketika. Kemudian, langit malam beransur-ansur menjadi cerah semula.
-Urutan keadaan bulan dilangit semasa gerhana bulan penuh.

-Terdapat dua jenis gerhana bulan
 a) Gerhana bulan penuh
    Berlaku apabila seluruh bulan berada dalam
    bayang- bayang.
 b) Gerhana bulan separa
    Muncul apabila sebahagian daripada bulan berada
    dalam bayang-bayang. Sebahagian daripada bulan
    menjadi gelap gelita.

Thursday, 5 May 2016

Nota TMK Tahun 6 KSSR



ALGORITMA , PSEUDOKOD & CARTA ALIR 

Algoritma ialah satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah atau melaksanakan suatu tugasan. Pernyataan dalam algoritma mestilah boleh difahami. Algoritma boleh dijelaskan melalui pseudokod atau carta alir. 

Pseudokod ialah satu set pernyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer. Pseudokod memerihalkan logik atur cara dengan menggunakan bahasa biasa. Pseudokod digunakan sebagai panduan bagi menulis atur cara komputer yang sebenar. Pernyataan-pernyataan dalam pseudokod sepadan dengan arahan-arahan dalam atur cara yang akan dihasilkan. Pseudokod hanya perlu ditulis sekiranya langkah-langkah dalam algoritma hendak diterjemahkan dalam atur cara komputer. 

TMK Tahun 6 KSSR - Penghasilan & Pengujian Atur Cara


PENGHASILAN & PENGUJIAN ATUR CARA

Contoh-contoh perisian pengaturcaraan :-

   Fortran , cobol , pascal , c , c++ , basic , visual basic , basic-256 ,    java , php , scratch , logo , pythonturle , alice , arduino & hackety   hack.


MAKSUD

Perisian pengaturcaraan seperti C++ , pascal , java & basic-256 membangunkan atur cara dengan menggunakan kod berbentuk teks. Terdapat juga perisian pengaturcaraan yang tidak memerlukan penulisan kod berbentuk teks seperti scratch , loo , alice & arduino.

Wednesday, 4 May 2016

Sains Tahun 6 KSSR - Nota Kelajuan

Apakah Kelajuan? 

~ Setiap objek yang bergerak mempunyai kelajuan. Objek yang berlainan akan bergerak dengan kelajuan yang berbeza. Apakah maksud Kelajuan?

Kelajuan ialah ukuran cepat  atau lembat sesuatu objek yang bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
 
Unit Kelajuan 

1) sentimeter per saat (cm/s)
2) meter per saat (m/s)
3) kilometer per jam (km/j)

Mengira Kelajuan 



 

Tuesday, 3 May 2016

Sains Tahun 6 (KSSR) - Pengawetan Makanan

 
KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN 
-         Terdapat pelbagai kaedah pengawetan makanan yang boleh digunakan bagi memastikan makanan tahan lebih lama.

1)    Pendidihan
-         Proses memanaskan makanan pada suhu  yang tinggi.

2)    Penjerukan
-         Merupakan proses merendam makanan di dalam larutan gula dan garam. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengawet buah-buahan dan sayur-sayuran.
    
3)    Pembungkusan vakum
-         Merupakan proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.

              

4)    Pengeringan
-         Merupakan kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan. Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari atau ketuhar.
      
5)    Pemasinan
-         Menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan. Kaedah ini merupakan kaedah yang digunakan sejak dahulu lagi. Kaedah ini digunakan untuk memasinkan ikan, telur dan sayur-sayuran.

 
6)    Pelilinan
-         Merupakan proses menyalut buah dan sayuran seperti epal,  oren, lemon dan tomato dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya. Kaedah  ini juga dapat mengekalkan kesegaran buah.

7)    Pengetinan dan pembotolan
-         Melibatkan proses mendidihkan makanan untuk membunuh mikroorganisma. Makanan kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

8)    Penyejukbekuan dan pendinginan
-         Merupakan kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku (10 C) dan ke bawah.
-         Merupakan kaedah penyimpanan makanandi dalam persekitaran bersuhu kurang dari 18 C.

9)    Pempasteuran
-         Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera.
         
10)  Penyalaian
-         Merupakan kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama. Kaedah ini boleh membantutkan pertumbuhan mikroorganisma.

 

Friday, 22 April 2016

TMK Tahun 6 (KSSR) - Pengaturcaraan

 PROJEK PENGATURCARAAN

> Cara-cara membangunkan projek pengaturcaraan 

Memahami situasi - Mereka bentuk atur cara - Mengekod atur cara - Menguji atur cara - Menghasilkan dokumentasi


MAKSUD

Pembangunan projek pengaturcaraan komputert melibatkan beberapa langkah , iaitu memahami situasi , mereka bentuk atur cara , mengekod atur cara , menguji atur cara dan mendokumentasi.

Thursday, 21 April 2016

Sains Tahun 6 (KSSR) - Nota Mikroorganisma

MIKROORGANISMA 

Mikro bermaksud sangat halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, manakala organisma pula bermaksud hidupan.

Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Mikroorganisma terdapat di sekeliling kita.  Terdapat beberapa jenis mikroorganisma.

1) Fungi
- Fungi yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah kulat. Yis, Mukor dan Penicillium hanya boleh dilihat menggunakan kanta pembesar dan mikroskop.


2) Protozoa
- Protozoa hidup di habitat yang berair seperti kolam, tasik dan sungai.
~ Paramecium
~ Ameoba

 3) Alga
- Alga ialah hidupan seni yang mempunyai sifat tumbuhan. Alga membuat makanannya sendiri melalu proses fotosintesis.
~ Fitoplankton
~Spirogyra

4) Bakteria
~Salmonella
~Bacillus
~Streptococus
~Escherichia coli
 5) Virus
~HIV
~Virus Influenza