STATUS UPDATED!
Welcome To My Blog :)
♡ SWIFTIE ♡: June 2016

Sunday, 12 June 2016

Nota Sains Tahun 4 - Proses Hidup Manusia

Proses Hidup Manusia

Manusia menjalani beberapa proses hidup untuk manusia kekal hidup di dunia bersandarkan kepada empat keperluan asas (air, udara, makanan, tempat perlindungan).


* Pernafasan Manusia
 Manusia bernafas menggunakan hidung / mulut –> salur udara –> peparu .
 Apabila menghembus nafas, udara keluar dari peparu –> salur udara –> hidung / mulut .


* Perkumuhan dan Penyahtinjaan
 Daripada makanan yang kita makan, terdapat sebahagian yang tidak tercerna dan bahagian yang dicerna juga menghasilkan bahan buangan.
 Pembuangan dalam bentuk pepejal ialah nyahtinja.
 Pembuangan dalam bentuk cecair ialah berkumuh. Contoh : air peluh, air kencing, wap air (daripada pernafasan).


* Gerak Balas Terhadap Ransangan
 Manusia juga bergerak balas terhadap ransangan secara spontan (tidak melalui berfikir / niat) .
 Contoh : Kita secara automatik menarik tangan kita apabila tersentuh cawan berisi air panas.
 Kita juga akan menggigil apabila kesejukan. Apabila kita termakan makanan yang masam, automatik mata kita akan terpejam seketika.


* Pembiakan Manusia
 Manusia membiak dengan melahirkan anak.
 Sekiranya manusia berhenti membiak, bilangan manusia di muka bumi akan berkurang dan akhirnya pupus.

Nota Sains Tahun 4 - Sistem Suria

SISTEM SURIA

 
1. Sistem suria terdiri daripada

·        Matahari
·        Sembilan buah planet
·        Satelit-satelit semula jadi yang mengelilingi planet-planet
·        Asteroid
·        Meteoroid
·        Komet


2.  Pusat bagi sistem suria ialah Matahari yang merupakan sejenis bintang yang bersaiz kecil dalam alam semesta ini.
 
 3.       Terdapat 9 buah planet yang mengelilingi matahari sambil berputar pada paksinya sendiri.Setiap satu satu planet juga beredar mengikut satu lintasan yang tetap yang dipanggil orbit.
 
4.       Matahari mengeluarkan cahayanya yang tersendiri manakala planet-planet dan satelit semulajadi memantulkan cahaya matahari.

5.       Susunan planet-planet mengikut yang terdekat dengan matahari ialah Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus (Uranus), Neptun (Neptune), dan Pluto ( Pluto ).
 


Saturday, 11 June 2016

Nota Sains Tahun 6 - Buruj

 
 

 BURUJ

Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.

~ Contoh-contoh buruj:- 
   1.Buruj Belantik
   2.Buruj Pari
   3.Buruj Skorpio
   4.Buruj Biduk

 1.Buruj Belantik


 Buruj belantik ialah salah satu buruj yang paling menonjol di langit pada waktu malam.Belantik membentuk corak seperti seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung sebilah pedang.Buruj belantik muncul di langit pada waktu malam di antara hemisfera utara dan selatan.

2. Buruj Pari

 Buruj pari ialah buruj yang paling kecil dan senang dikenal pasti pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.Ia terdiri daripada gugusan empat bintang yang tersusun berbentuk corak seperti layang-layang.


3. Buruj Skorpio

 Buruj skorpio ialah gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala jengking.Buruj skorpio muncul di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.

4. Buruj Biduk


Buruj biduk ialah gugusan tujuh bintang.Buruj ini membentuk seperti gayung atau senduk dengan tangkainya.Biduk muncul di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera utara.