STATUS UPDATED!
Welcome To My Blog :)
♡ SWIFTIE ♡: April 2016

Friday, 22 April 2016

TMK Tahun 6 (KSSR) - Pengaturcaraan

 PROJEK PENGATURCARAAN

> Cara-cara membangunkan projek pengaturcaraan 

Memahami situasi - Mereka bentuk atur cara - Mengekod atur cara - Menguji atur cara - Menghasilkan dokumentasi


MAKSUD

Pembangunan projek pengaturcaraan komputert melibatkan beberapa langkah , iaitu memahami situasi , mereka bentuk atur cara , mengekod atur cara , menguji atur cara dan mendokumentasi.

Thursday, 21 April 2016

Sains Tahun 6 (KSSR) - Nota Mikroorganisma

MIKROORGANISMA 

Mikro bermaksud sangat halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, manakala organisma pula bermaksud hidupan.

Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Mikroorganisma terdapat di sekeliling kita.  Terdapat beberapa jenis mikroorganisma.

1) Fungi
- Fungi yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah kulat. Yis, Mukor dan Penicillium hanya boleh dilihat menggunakan kanta pembesar dan mikroskop.


2) Protozoa
- Protozoa hidup di habitat yang berair seperti kolam, tasik dan sungai.
~ Paramecium
~ Ameoba

 3) Alga
- Alga ialah hidupan seni yang mempunyai sifat tumbuhan. Alga membuat makanannya sendiri melalu proses fotosintesis.
~ Fitoplankton
~Spirogyra

4) Bakteria
~Salmonella
~Bacillus
~Streptococus
~Escherichia coli
 5) Virus
~HIV
~Virus Influenza